Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembentangan Laporan Akhir Audit 1MDB Ditangguh - Pengerusi PAC


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini membuat pengumuman penangguhan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap syarikat 1MDB yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari ini.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin, perkara ini disebabkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara termasuk yang mengerjakan ibadah Umrah.

"Pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB yang  dijadualkan pada 24 Februari (Rabu) dan 25 Februari (Khamis) ini ditangguhkan,"  katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, tarikh baru bagi pembentangan laporan tersebut dijangka pada minggu pertama bulan Mac.

"Penangguhan dibuat memandangkan kebanyakan ahli PAC berada di  luar negara, ada yang menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

"Adalah  penting  untuk  semua  ahli  PAC  hadir  bagi  mendengar  pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara Terhadap 1MDB berkenaan," katanya lagi.

Penangguhan ini merupakan penagguhan kedua untuk pembentangan laporan tersebut yang pada mulanya dijadulakan pada 17 Disember lalu.

Penangguhan itu dibuat kerana laporan akhir tersebut perlu proses kemas kini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli