Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pekerja Stesen Minyak Luah Rasa Sedih Pelanggan Larikan Diri Selepas Isi Minyak Tanpa Bayar


Seorang pekerja sebuah stesen minyak yang bertugas di bahagian kaunter berkongsi cerita sedih apabila dianiaya seorang pelanggan yang mengisi petrol tanpa membuat bayaran.

Beliau yang menggunakan Facebook bernama Petronas Tupai Taiping telah berkongsikan kisah tersebut di mana nasibnya itu berjaya meraih perhatian netizen di mana kejadian berlaku di Petronas Tupai dekat Taiping.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan dikatakan datang memberitahu untuk mengisi minyak dan tiba-tiba dia naik angin apabila diminta membuat pembayaran terlebih dahulu.


Bagaimanapun, pekerja kaunter berkenaan yang akur dengan pelanggan itu untuk mengisi minyak terlebih dahulu terpaksa berputih mata apabila wanita itu `cabut lari’ selepas mengisi penuh dengan jumlah yang sepatutnya dibayar sebanyak RM100.

“Takde berperikemanusiaan langsung..dah la gaji kami tak banyak nak tanggung pulak short..kalau setakat RM10 takpe..ni mencecah RM100.

“Mintak tolong la viralkan benda ni..tapi memang tak boleh nampak langsung nombor plat..cuma nampak huruf je AJF..kereta Honda berwarna putih..lagak macam orang kaya tapi sengkek,” keluh mangsa.

Pekerja stesen minyak itu hanya mampu berharap agar wanita terbabit akan terbuka hati untuk membayar jumlah minyak yang diisi sekiranya terbaca luahan yang diviral itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dah semakin ramai yang tidak fikirkan dosa dan pahala sekarang ini

    BalasPadam
  2. Dah semakin ramai yang tidak fikirkan dosa dan pahala sekarang ini

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli