Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pakaian Menyerupai Dewa Cao Guo Jiu, Khairuddin Mohon Maaf



SHAH ALAM - Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman memohon maaf berikutan baju yang dipakainya ketika majlis perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.

Difahamkan, menurut kefahaman masyarakat Cina, Dewa Cao Guo Jiu adalah Dewa Rezeki.

Menurut Khairuddin, dia telah dimaklumkan oleh penduduk disitu, pakaian tersebut adalah pakaian ala Maharaja China.




Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) adalah berbentuk perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.

"Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” sebagaimana lapor Sinar Online.

Ujar beliau juga, beliau memohon keampunan dari Allah sekiranya 'tersilap langkah' dalam hal ini.

"Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya.

"Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari ALLAH  dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung," katanya.

Kata beliau lagi, walaup apa pun, beliau yakin Pas yang dipimpin oleh Kepimpinan ulama dan mereka lebh arif dari segi hukum dalam masyarkat majmuk seperti Selangor.

"Apa pun pandangan nanti, saya terima", katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli