Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nama 'Harimau Malaya' Diganti Dengan Nama Baharu, Peraduan Cipta Logo Baharu Dilancar



KUALA LUMPUR, 2 Februari 2016: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman untuk mengguna nama baharu untuk skuad bola sepak kebangsaan iaitu 'Harimau Malaysia'  berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan dikenali dengan nama 'Harimau Malaya'.

Menerusi laporan di fam.org.my, nama gelaran Harimau Malaysia itu pada asal merujuk kepada penyerang kebangsaan era 1940-an hingga 1950-an, Allahyarham Dollah Don (nama sebenar Abdullah Mohd Don) apabila gelaran tersebut diberikan kepada beliau oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno selepas menyaksikan kehebatannya dalam satu perlawanan pada tahun 1953.



Bagi pelancaran era baharu bola sepak Malaysia tahun ini, FAM berpendapat gelaran Harimau Malaya tidak sesuai lagi memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak diguna secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Oleh itu, pengenalan nama gelaran baru itu diharap dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kabangsaan adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.


"Bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.

 "Ini memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.

 "Justeru itu, FAM pada hari ini dengan secara rasmi mengumumkan untuk mengguna pakai nama Harimau Malaysia sebagai nama gelaran baharu untuk skuad kebangsaan.

 "Gelaran ini juga bertepatan untuk menggambarkan skuad kebangsaan kita adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak yang mungkin selama ini terasa sedikit tersisih dengan penggunaan gelaran Harimau Malaya.

 “Jadi sebab itulah FAM berasakan 2016 adalah tahun sesuai untuk permulaan penggunaan nama gelaran baharu ini bagi menyaksikan skuad Harimau Malaysia kembali bangkit dan menjadi pasukan kompetitif di peringkat antarabangsa” titah Tengku Abdullah dalam satu majlis pengenalan penaja rasmi Harimau Malaysia hari ini.


Empat penaja rasmi yang terus memberi sokongan dan komitmen bersama skuad kebangsaan pada tahun ini terdiri dari Telekom Malaysia, Bank Islam, Nike da 100PLUS.

Satu peraduan mencipta logo Harimau Malaysia juga turut dilancarkan pada hari ini yang mana terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Peraduan itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta imej baharu pasukan kebangsaan dan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 serta pengalaman bersama skuad kebangsaan pada kejohanan AFF Suzuki pada akhir tahun ini. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli