Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti Minta 'Pengkafir' Kemuka Bukti Perlis Pecat Imam Hanya Kerana Doa Qunut


Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin telah tampil meminta bukti bahawa Perlis telah menutup Masjid dan memecat Imam kerana membaca doa Qunut.

Beliau melalui laman Facebooknya DrMAZA.com, menyifatkan mereka ini yang digelarkannya 'pengkafir' telah kehabisan modal sehingga menfitnah negeri Perlis tanda mengemukakan bukti yanf sah di mana dengan membuat tuduhan semata-mata.

Berikut adalah tulisan penuh beliau.

Nilai Dengan Mata Hati

Ada golongan yang kehabisan modal di luar Perlis membuat fitnah kononnya Perlis menutup masjid kerana qunut, memecat imam kerana qunut dan seumpamanya.

Semoga ALLAH memberikan mereka hidayah. Tunjukkan satu bukti yang sah (bukan dakwaan dan andaian semata) dalam hal itu. Manakah masjid yang ditutup? Manakah imam yang dipecat? Apakah benar itu puncanya ataupun ada masalah akhlak yang lain yang enggan didedahkan?

Namun demikian saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat pendakwah yang tegak atas kebenaran agar sabar dan memelihara kesopanan kita dalam menyampaikan dakwah.

Rakyat akan dapat menilai siapakah yang suka memaki hamun dan mengkafirkan orang lain menerusi rakaman dan tulisan yang dapat disaksikan oleh orang awam. Siapakah pula yang berdakwah dengan kata-kata yang baik selaras dengan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Amat menghairankan apabila si pengkafir dan pemaki menuduh orang lain mengkafirkan dan memaki. Padahal maki hamun dan takfirnya itu dapat disaksi oleh sekelian orang awam. Berapa individu telah mereka tuduh, kafir dan sesatkan. Sila tunjukkan, berapa individu pula yang kita maki, kafir dan berikan kata-kata kesat?!

Wahai sekelian rakyat! Nilailah perkara ini dengan menonton sendiri pendekatan pendakwah-pendakwah yang difitnah kononnya menyimpang dari Ahlus Sunnah dibandingkan golongan yang menuduh orang itu dan ini.

Lihat dengan mata hati, kemudian pohonlah petunjuk dari Allah. Beristikharah jika mahu, siapakah yang lebih menghampiri jalan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Lihat Dr Zakir Naik yang mereka tuduh wahabi, lihat Mufti Menk yang dituduh dengan perkataan yang sama. Lihat Prof Hamka yang pernah dituduh serupa. Lihat akhlak imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi yang mereka tuduh sebagai wahabi sesat, lalu bandingkan dengan ceramah-ceramah para penuduh itu! Banding akhlak, budi dan jasa setiap mereka kepada umat ini. Iman itu ada tanda cahaya dan sinarannya.

Dengarlah ucapan dan bacalah tulisan setiap pihak. Nilailah dengan penuh tanggungjawab di hadapan Allah. Justeru akhirnya, kita semua akan berdiri di hadapanNYA pada Hari Kiamat kelak.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli