Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Bakal Alami Cuaca Sejuk Lagi - Lapor Akhbar




KUALA LUMPUR, 1 Feb – Rakyat di Semenanjung Malaysia, terutama di Kelantan dan Perak sekali lagi bakal merasai cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bungan di kota London pada bulan ini.

Menurut laporan Kosmo! yang memetik sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu berlaku disebabkan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama yang kemudiannya menyebabkan laluan luruan angin.

Luruan angin kutub utara itu 'berpecah' dari sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.

Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang berlatitud tinggi.

Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli