Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lumba 'Halal' : Biar Saya Jumpa Tengku Adnan - KPN



KUALA LUMPUR, 24 Feb: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata dia akan bertemu sendiri dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan berikutan cadangannya baru-baru ini untuk membenarkan mat motor berlumba secara 'halal'.

Khalid berkata cadangan tersebut disuarakan atas alasan-alasan tertentu.

"Yalah, mungkin beliau melihat masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun pelbagai tindakan dan kempen dibuat, tetapi anak muda kita ini masih lagi suka merempit.

"Jadi biarlah saya berjumpa dengan beliau terlebih dahulu, mendengar pandangannya dan berbincang mengenainya.

"Saya pasti Yang Berhormat Menteri punyai sebab-sebab tertentu dengan mengeluarkan cadangan tersebut," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Tengku Adnan mencadangkan agar beberapa jalan ditutup untuk masa-masa tertentu untuk membenarkan mat moto berlumba secara halal.

Cadangan itu mendapat pelbagai respon termasuk yang positif dan juga negatif dari orang awam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli