Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Letak Lambang '$' Pada Logo Polis, PDRM Akan Panggil Anak Bekas Pemimpin Tertinggi Kerajaan



JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan memanggil Farhan Yassin kerana telah menghina lambang polis.

Khalid mengesahkan akan memanggil Farhan melalui laman Twitternya akan memanggil farhan yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana lambang '$' di logo PDRM.


Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima oleh mereka sehingga kini mengenai perkara itu, lapor Portal Berita Sinar Harian.

Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang.

Pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana individu yang menghina pihak berkuasa termasuk PDRM.

"Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit 'task force' akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.

"Kita akan memaklumkan pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli