Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut : "Jangan Hukum Dia Jika Tak Tahu Perkara Sebenar" - Jiran

Kediaman keluarga terbabit yang dikunci dipercayai pulang ke kampung selepas video terbabit viral. - Foto : Harian Metro
Kluang, 17 Feb: Jiran kepada lelaki yang ditahan baru-baru ini berikutan kes memukul isterinya menggunakan kasut meminta orang ramai agar tidak menghukum lelaki tersebut jika tidak tahu perkara sebenar.

Jangan hukum dia sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar,”, katanya yang mahu dikenali sebagai Azman, 35.

Menurut Azman, kebanyakan jiran lelaki tersebut sudah tahu mengenai penyakit yang dihidapinya dan sudah biasa dengan sifatnya yang bertindak di luar kawalan.

Tambah beliau lagi, jirannya itu seorang yang agak peramah dan ada kalanya dilanda kemurungan akibat masalah yang dihadapinya.

"Kami di sini memang sedia maklum dia sakit dan isterinya yang menjaganya sejak beberapa tahun lalu. Ada ketika dia sihat, tetapi jika tidak sihat, isterinya yang menjaganya di rumah,” katanya.

Menurut Azman juga, kali terakhir dia melihat pasangan itu adalah pada Sabtu, sehari selepas rakaman video kejadian viral di media sosial.

Namun, menurut Azman, mereka kelihatan seperti biasa sahaja dan tidak berkelakuan pelik atau bergaduh ketika di rumah selepas video tersebut tersebar.

Sepanjang tiga tahun tinggal berjiran, sekali pun saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh. Namun, saya tahu adakalanya isterinya terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada suami jika datang ‘angin’ dia,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Azman berharap agar orang ramai tidak lagi memberi tohmahan negatif terhadap keluarga tersebut yang mana kini telah membuatkan keluarga tersebut tertekan.

Sehingga hari ini, isteri dan tiga anaknya tidak balik ke rumah dan mungkin pulang ke kampung mereka di Kemaman, Terengganu,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli