Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut, Rakan Koma Dibedil di Tepi Jalan




Kajang, 28 Feb: Seorang lelaki maut ditembak di tepio jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih Kajang, di sini dalam satu kejadian pada awal pagi tadi.

Mangsa, 45, maut manakala rakannya, 26, koma akibat ditembak dalam kejadian yang berlaku pada 4.30 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, mangsa bersama rakannya berada di lokasi sebelum dihampiri seorang suspek yang menaiki sebuah motosikal.

"Suspek melepaskan beberapa tembakan dan mengenai kedua-dua mangsa sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang manakala rakannya dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli