Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing Dua Muka Disahkan Mati


KUALA TERENGGANU: Seekor kucing dua wajah yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu disahkan mati kira-kira jam 7 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Menurut pemilik kucing dua wajah berkenaan, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini, memberitahu dia rasa amat terkejut selepas kucing yang diberi nama Tuah itu sudah tidak bernyawa dengan kesan darah di hidungnya pagi tadi.

"Fizikal kucing berkenaan tidak menunjukkan ia sakit, namun malam tadi Tuah mengalami pendarahan pada hidung. 

"Besar kemungkinan susu formula yang diberi tidak sesuai kerana Tuah banyak membuang air. 

"Saya gembira kerana berpeluang menjaganya walaupun tidak lama," katanya.

Tuah sebelum ini disedari oleh Ruszaihaa selepas dia pulang daripada kerja pukul 11 malam dan menyangka Tuah telah mati.

Namun ketika hendak menanam tuah, tiba-tiba kucing berkenaan mengiau dan dia terus membawa anak kucing berkenaan ke Klinik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk pemeriksaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli