Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tidak Puas Hati KPN Sifatkan Tweet Dakwaan Rasuah Sebagai 'Tohmahan'


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan polis menyiasat satu 'tweet' yang mendakwa amalan rasuah berlaku di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di Kuala Lumpur.

Khalid memberikan arahan itu menerusi Twitternya susulan dakwaan yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun @timothydavid5.

PCIRC @PDRMsia panggillah @timothydavid5 di bawah untuk bantu siasatan kita ekoran tohmahan nya,” tulis Khalid di media sosial itu.

Bersama tweet tersebut Khalid turut menyertakan satu keratan gambar yang menunjukkan lelaki itu mendakwa penjaga kaunter meminta rasuah secara terbuka untuk menyelesaikan saman.

@timothydavid5 bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan Khalid yang merujuk kepada dakwaannya itu sebagai "tohmahan".

Helo @KBAB51 Tohmahan? Belum siasat I dah buat kesimpulan sebagai tohmahan? Hebat!” tulis @timothydavid5.

Selain itu, @timothydavid5 turut menjawab kritikan pengguna twitter lain yang mempersoalkan tindakannya membuat dakwaan di media sosial tetapi tidak melaporkannya.

Kalau @KBAB51 boleh buat laporan melalui Twitter kenapa, I tak boleh?"

Sebelum itu, akaun @timothydavid5 membuat dakwaan bahawa seorang penjaga kaunter secara terbuka meminta rasuah untuk menyelesaikan samannya.


Selain itu akaun tersebut juga berkata penjaga kaunter itu meminta harga RM160 untuk menyelesaikan saman tetapi di dalam resit hanya RM100 sahaja diletakkan.



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli