Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kontraktor Mengamuk, Jalan di Kawasan Perumahan Dikorek



SIBU, 7 Feb: Konflik bertahun-tahun lamanya antara seorang pemaju perumahan dan kontraktor memuncak apabila jalan bertar di satu kawasan di Kampung Jeriah disini dirosakkan sehingga menyebabkan bukan sahaja kawasan itu terputus hubungan, malah bekalan air kepada 20 buah rumah terputus.

Pemaju tersebut, yang juga merupakan seorang penduduk disitu, terkejut melihat perkara itu pada Jumaat.

"Saya melihat tiga jengkaut dan empat buah lori di jalan raya pagi itu. Dia (kontraktor) bukan sahaja merosakkan jalan raya, tetapi juga memecahkan paip di bawahnya - memotong bekalan air ke kawasan ini. Mujurlah, saya berjaya menghalangnya daripada melakukan lebih banyak kerosakan,"katanya kepada polis sebagaimana lapor TheBorneopost.

Pemaju tersebut turut berkata kontraktor itu menuduhnya tidak mahu membayar bayaran akhir setelah jalan tersebut siap dibina.

"Kami tidak boleh bayar kerana jalan itu belum dapat kelulusan dari pihak berkuasa", katanya.

Sementara itu, kontraktor pula berkata masalah yang timbul adalah pada saliran yang tidak diluluskan.

"Kami menyiapkan pembinaan enam jalan raya di kawasan itu pada 2006 - dalam keadaan baik. Yang bermasalah adalah saliran - isu yang telah saya beritahu kepada ayah pemaju tersebut, yang mana saya telah minta dia baik pulih sistem itu dan dapatkan kelulusan dari pihak yang berkenaan.

"Bagaimanapun, perkara ini tidak diendahkan", kata kontraktor terbabit, sambil menambah dia sebelum ini telah membuat dua laporan polis terhadap pemaju sebelum ini.

 "Ini adalah langkah terakhir", katanya.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli