Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Kakitangan MAS, Sekarang Pemandu Teksi - Kisah Bapa Ini Jadi Viral

No Comment


Rezeki itu milik Tuhan. Tidak kira dimana kita berada atau apa pekerjaan kita, selagi ada usaha selagi itu pintu rezeki sentiasa terbuka.

Itu pengajaran yang boleh diperoleh dari kisah seorang bapa yang telah diberhentikan perkhidmatannya dari sebuah syarikat penerbangan, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya mencari rezeki dengan cara lain buat keluarganya.

Zullifan Che Din baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.

Difahamkan, sebelum ini dia adalah seorang kru penerbangan.

Kisah Zullifan diviralkan oleh anaknya, Mohd Zulhelmi di akaun Facebooknya sebagai satu inisiatif untuk membantu bapanya mendapat lebih ramai penumpang.

Empat hari bekerja sebagai pemandu teksi, kisah kecekalan Zullifan kini telah tersebar secara meluas di laman sosial sekaligus menjadikan orang ramai yang mengetahui kisah ini kagum.

Lebih mengujakan, Zulhelmi turut memberikan 'kupon' kepada orang yang membaca kisah ini untuk mendapat potongan  sekiranya menaiki teksi dengan bapanya.

"Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.", tulis Zulhelmi.

Status di akaun Facebook Zulhelmi telah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.

Perkongsian dari akaun Facebook Zulhelmi : 

Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.

Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight MAS, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).

Kalau guna promo code "ELMI HANDSOME", Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.

P/S: Abah taknak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.



Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.Kalau ada...
Posted by Mohd Zulhelmie on Thursday, 4 February 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli