Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Raba Depan Sogo : "Menurut Polis Bantuan, Lelaki Berkenaan Berkemungkinan Mabuk" - Polis


KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seorang lelaki warga Nepal kini sedang dikesan oleh pihak polis kerana didakwa mencabul seorang penyanyi jalanan dalam satu kejadian yang berlaku di pusat membeli belah Sogo pada petang Selasa.

Mangsa, seorang wanita berusia 23, dikatakan dipeluk dan diraba lelaki berkenaan ketika sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di hadapan pusat beli belah itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, mangsa bersama dengan suaminya ketika kejadian itu berlaku pada jam 9 malam.

"Lelaki berkenaan dikatakan memeluk mangsa dari belakang dan meraba badan wanita itu sebelum suspek ditolak oleh suami mangsa.

"Suspek yang cedera di hidung terbaring di hadapan pusat beli-belah berkenaan sebelum beredar dari kawasan terbabit," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Tambah beliau lagi, seorang Polis Bantuan Sogo dan pengawal keselamatan kemudian memberi rawatan kepada warga Nepal itu sebelum dia beredar dari tempat kejadian.

"Menurut polis bantuan berkenaan, lelaki berkenaan berkemungkinan mabuk berdasarkan cara percakapan dan bau alkohol pada dirinya," katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. ni nak ckp mcm lagi ni? xkan nak ckp malaysia masih aman?

    BalasPadam
  2. Kalau dia mabuk itu satu alasan boleh buat sesuka hati ke? Alasan lah taknak buat keje.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli