Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kemasukan 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Ubah Pola Populasi Negara," - Penganalisis Politik


Berikutan cadangan Malaysia yang sudahpun dipersetujui oleh kerajaan Bangladesh untuk membawa masuk kira-kira 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh ke negara ini akan membuatkan pola populasi negara berubah, kata penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

“Saya rasa 1.5 juta pekerja itu ramai sangat sebab yang datang nanti mesti ada bawa bersama keluarga. Justeru realitinya jumlah yang datang adalah lebih ramai.

‘Walaupun ada permintaan pasaran, tapi ia juga memberi implikasi sosial, ekonomi tempatan dan keselamatan. Kedatangan mereka akan menyebabkan populasi negara berubah,” kata Azizuddin dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut Azizuddin, beliau mempersoalkan ke mana dan apakah jenis pekerjaan yang memerlukan pekerja asing yang begitu besar jumlahnya di negara ini.

“Kalau mereka datang hanya sementara, untuk beberapa tahun dan dihantar pulang selepas tamat kontrak, mungkin ada rasionalnya.

“Cuma kerja apa yang mereka akan lakukan sehingga memerlukan jutaan mereka datang?” soal Azizuddin.

Beliau yang juga merupakan pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berharap tidak akan wujud konflik antara kaum berlaku jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak.

“Katanya akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Harap konflik kaum tidak berlaku seperti konflik orang Dayak dan Madura yang saling berbunuhan di Kalimantan, Indonesia.

“Diharapkan satu kajian risiko dilakukan sebelum membawa mereka ke sini,” katanya.

Putrajaya semalam mempertahankan tindakannya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jun tahun lepas mengumumkan seramai 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli