Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaki Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator Di Lot 10


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan sakit hampir sejam selepas kakinya telah tersepit pada tangga eskalator pusat membeli belah Lot 10 semalam.

Kanak-kanak yang berusia empat tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki kanannya.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang menuruni kompleks berkenaan bersama ahli keluarganya ke tingkat bawah namun tiba-tiba kasut yang dipakainya tersepit dicelah eskalator berkenaan yang menarik sekali kakinya.

Keluarga mangsa pada awalnya cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut tetapi gagal.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, seramai enam pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 petang.

"Kaki kanan mangsa tersepit pada celah dinding dan konveyor tangga bergerak itu," katanya.

Beliau berkata, selepas sejam pihaknya berjaya mengeluarkan kaki kanak- kanak itu sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli