Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Dah Jual 2 Juta Unit", Kata Pengasas Jubah Pahlawan


KUALA LUMPUR, 29 Feb ― Siapa sangka, biarpun mendapat pelbagai kritikan dari orang ramai, pereka "Jubah Pahlawan" berkata pihaknya berjaya menjual sebanyak 2 juta unit setelah gambar jubah-jubah tersebut menjadi viral di media sosial.

Pengasas Farbel Exclusive, Syubaili Aziz brekata dia tidak tergugat dengan komen-komen yang memanggil model-modelnya sebagai gay - berikutan rekabentuk dan warna yang diguna pakai di jubah tersebut.

"Saya telah menjual dua juta", kata Syubaili sebagaimana lapor Malay Mail Online yang menemuramah beliau menerusi telefon.

"Dan ia hanya beberapa hari selepas ia viral tiga hari lalu sejak Jumaat", tambahya.

Sebelum ini, satu posting dari pengguna Facebook, Rizal Hakimm - yang memuat naik gambar-gambar model tersebut - menjadi viral dan mendapat lebih dari 18,000 perkongsian.

Hasil dari viral tersebut, beberapa gambar parodi telah dicipta oleh pengkritik. Antaranya, gambar parodi yang memaparkan seorang lelaki yang 'sado' memakai skirt sambil memegang beg membeli belah.

Syubaili turut berkata, kebanyakan pembeli "Jubah Pahlawannya" - yang berharga RM225 - adalah dari Brunei, Thailand, Singapura, Taiwan dan Arab Saudi.

"Sebenarnya, produk yang kami jual kepada pelanggan tidak ketat; ianya longgar

"Saya tidak sangka jubah itu menjadi begitu ketat (apabila dipakai oleh model).", kata Syubaili.

Tambah beliau, jubah tersebut direka olehnya bersama-sama dengan isterinya.

"Saya cuma senyum pada komen-komen negatif. Publisiti itu telah melonjakkan perniagaan saya" - katanya lagi.

Salah seorang model Jubah Pahlawan, Mustaqim Bahadon berkata, orang ramai telah memanggilnya 'gay' dan pondan sejak dari viral jubah tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli