Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harimau Terperangkap dalam Jerat Babi

No Comment


TAPAH, 15 Feb: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) hari ini berjaya menyelamatkan seekor harimau terperangkap pada jerat babi, yang dipasang berhampiran perkampungan Orang Asli di batu 10, Jalan Tapah petang tadi.

Menurut Pengarah PERHILITAAN negeri, Rozidan Mohd Yassin, harimau jantan yang dianggarkan berusia 7-14 tahun dengan berat kira-kira 170 kilogram itu telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan Sungkai kira-kira jam 2 petang tadi.

"Daripada maklumat yang diterima, harimau jantan ini terperangkap pada jerat yang dipasang masyarakat Orang Asli untuk menangkap babi hutan petang semalam

"Operasi memindahkan harimau jantan itu bermula jam 8 pagi tadi dan pelali berjaya ditembak pada jam 9.40 pagi bagi membolehkan haiwan itu dipindahkan dengan selamat," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli