Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harimau Dilanggar Bukan Terlepas Dari Zoo



KEMAMAN, 7 Feb: Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan bahawa harimau belang yang terlibat dalam satu kemalangan di LPT2 baru-baru ini adalah haiwan liar dan bukan terlepas dari zoo berdekatan.

Menurut Pengarah Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin, hasil bedah siasat terhadap harimau betina itu juga mendapati ia buting dan mengesahkan ia mati akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh oleh sebuah MPV.

"Harimau berkenaan adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari mana-mana zoo (zoo kemaman)," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Selain itu, siasatan lanjut juga akan dilakukan oleh Jabatan veterinar untuk menyelidiki latar belakang dan habitat haiwan seberat 100 kilogram itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli