Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hamil Dirogol Jiran, Ibu Sangka Anak OKU Bergurau


BANDAR SERI JEMPOL - Seorang ibu pada mulanya menyangka pengakuan anaknya yang kurang upaya(OKU) bahawa dia dirogol oleh jiran hanya sekadar bergurau.

Namun sangkaan itu meleset sama sekali apabila dia mendapati anak sulungnya itu sudah mengandung kandungan tiga bulan.

Mangsa, 37, mendakwa dirogol pada November lalu dan memberitahu ibunya dia dirogol oleh seorang lelaki 50-an yang juga merupakan jiran mereka di Felda Palong.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, ibu mangsa bagaimanapun bertindak memarahi mangsa kerana menyangka anaknya itu main-main.

Tapi setelah nampak perubahan fizikal pada anaknya dan tabiat suka makan asam, ibunya menggesa anak perempuannya yang lain bantu mangsa membuat ujian kehamilan.

Ujian kehamilan pada Isnin lalu sekitar jam 2.30 petang mendapati anaknya itu positif (mengandung).

Ujian pengesahan kemudiannya dijalankan di Hospital Jempol dan Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, mendapati anaknya mengandung tiga bulan,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurut Noorzainy juga, mangsa sebelum ini pernah melahirkan anak (tiga orang) yang juga dipercayai dirogol oleh suspek lain.

Anak pertama dijaga ibu mangsa yang kini berusia 12 tahun, manakala kedua dan ketiga diserahkan kepada keluarga angkat.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa pada Isnin lalu kira-kira jam 6.15 petang di Balai Polis Ladang Geddes.

Sekitar jam 3 petang semalam, suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli