Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Habis Belajar "Expected" Gaji RM3,500? Ramai Siswazah Sekarang Kuat Perasan


Berjaya ke menara gading iaitu universiti adalah impian ramai orang dan sejak kecil lagi kita seolah-olah diasuh apabila berjaya ke Universiti kita akan memperoleh gaji yang besar dan dapat membalas jasa ibu bapa.

Tapi realitinya apabila habis belajar diperingkat ijazah ramai yang tidak dapat memperoleh gaji sedemikian dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan hutang pengajian dan hutang-hutang lain.

Satu posting yang dikongsikan oleh Puan Lily Sabrina Md Saberi yang juga merupakan seorang Business Consultant yang sering menjadi penemuduga di banyak syarikat di mana beliau telah berkongsikan satu artikel tentang masalah sesetangah mahasiswa kini yang terlalu 'perasan'.

Berikut apa yang ditulis oleh beliau.

Saya sering ke kedai printing / fotostat di Seksyen 7 Shah Alam.

Saya selalu nampak graduan print resume dan adakalanya mereka letak atas kaunter bayaran.
Saya nampak isi resume.

Saya tidak boleh bernafas bila tengok "expected salary" RM3,500 malah saya pernah nampak RM4,500

Saya tengok kelulusan ... oh biasa-biasa sahaja...bukan belajar Law ke, Medic ke Aerospace Engineering ke dari Uni luar negara ... diploma biasa-biasa sahaja rupanya

Saya tengok gaya pemakaian mereka yang sibuk print resume gaji RM4,500 dan fotostat transkrip yang banyak repeat paper pula :

1. Perempuan pakai tudung singkat nampak dada
2. Perempuan pakai legging ketat
3. Perempuan pakai baju jarang macam net bola sepak
4. Perempuan pakai selipar jepun masuk jamban
5. Perempuan ketawa berdekah-dekah satu Shah Alam boleh dengar

1. Lelaki hisap rokok depan kedai
2. Lelaki pakai seluar pendek atas lutut
3. Lelaki pakai baju gambar "hantu"
4. Lelaki "mengevape" depan kedai pegang resume gaji RM4,500
5. Lelaki selebet macam hantu baru bangun tidur

Saya rasa hendak pitam.

Saya rasa kecewa.

Saya bayangkan macamana pensyarah menahan rasa dan migrane melayan anak didik mereka.
Saya bersembang dengan beberapa orang yang sedang print resume. Sepanjang perbualan saya dengan mereka yang sedang cari kerja (graduan baru konvo), banyak perkara yang mengecewakan saya dan saya percaya orang dewasa yang berfikiran seperti saya akan tersangat kecewa dengan mereka seperti di atas.

Mungkin anak muda tidak faham fikiran kami.

Apa hendak jadi dengan graduan sekarang.

Maaf cakap "Mereka ini perasan lebih"

Saya? Saya dulu gaji RM1,600 kerja Isnin - Sabtu. Bukan gaji yang saya kejar tapi pengalaman dan ilmu. Budak sekarang sibuk gaji. Yelah, berangan nak pakai Ipong 6.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. dulu mmg la RM1600 kak. kenapa tak compare dgn yg graduate tahun 1997? masa ekonomi tgh down.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli