Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gol Lencong : Faiz Subri Terima RM10,000 Dari Kerajaan Pulau Pinang

No Comment

18 Feb - Nampaknya deman gol lencong Faiz Subri masih belum berakhir lagi. Terbaharu, pemain tengah pasukan bola sepak Pulau Pinang itu menerima insentif berjumlah RM 10,000 dari Kerajaan Pulau Pinang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan disaksikan jurulatih pasukan itu, Jacksen F Tiago, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, isteri Mohd Faiz, Nor Zawanis Hashim dan beberapa yang lain.

Menurut Guan Eng, sumbangan itu adalah sebagai penghargaan atas pencapaian terbaik Mohd Faiz yang membuat sepakan ajaib sehingga mendapat perhatian dunia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli