Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gol Faiz Subri : Ini Komen 'Pedas' Dari Mat Salleh Buat Pengulas Sukan Tanah Air


Penang - Seperti sedia maklum, gol pemain skuad bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri, kini menjadi bualan peminat-peminat bola sepak dalam dan luar negara.

Rata-rata mereka yang menonton klip video sepakan percuma itu memuji lencongan yang berjaya dibuat oleh Faiz Subri.

Tapi, malangnya ada juga yang mengkritik klip video tersebut, tapi bukannya sepakan Faiz Subri, tapi komen dari pengulas yang mengulas permainan tersebut.

Menerusi komen yang diperoleh dari The Sport Bible, ini antara komen-komen pedas yang diberi oleh penonton video tersebut.

David Buckley menulis : "Bagaimana pengulas tu boleh memberi reaksi seperti dia melihat perkara ini setiap hari?..."

Komen tersebut mendapat lebih dari 200 likes dan juga beberapa mesej susulan terutamanya dari rakyat Malaysia yang rata-rata bersetuju dengan komen tersebut.

Mohamed Basyir menulis : "Itulah pengulas Malaysia, teruk".

Kwok Weing pula menulis : "Setuju. Tak ada emosi langsung ketika melihat gol yang cantik. Sangat merugikan, tolong buang pengulas ni."

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan dengan mat salleh berkenaan. Adza Edie Izwan menulis "Sebenarnya, ini hanyalah tayangan ulangan".

Kemudian David Buckley membalas komen Adza dengan berkata biarpun sekadar ulangan, kebiasaannya pengulas eropah akan masih lagi teruja dengan gol yang cantik seperti itu.

Apa pun, lihat sendiri ulasan live yang dibuat oleh pengulas ketika perlawanan. Sama ada 'lame' atau tidak, anda tentukan. - Siakapkeli.my


STOP WHAT YOU'RE DOING because The 2016 Puskas Award may have already been scored today. No one is beating this!
Posted by The SPORT Bible on Tuesday, 16 February 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli