Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar)"Ramai Anggap Karut Tapi Saya Berjaya Jual 150-300 Paket Sehari" - Spiderman Nasi Lemak

No Comment


KOTA BHARU: Kemunculan 'Spiderman' di bandar ini sejak beberapa hari lalu menjadi tumpuan orang ramai sehingga ia menjadi viral di media sosial.

Namun, Spiderman itu bukanlah Spiderman yang biasa dilihat di dalam filem - menyelamatkan orang - tetapi Spiderman yang meniaga nasi lemak RM 2.

Spiderman tersebut, Zawawi Ghazali yang berusia 29 tahun berkata, idea tersebut muncul setelah pelbagai perniagaan yang dijalankan olehnya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.

"Ramai menganggap idea saya mengarut, tapi dalam masa seminggu Nasi Lemak Spiderman saya berjaya dijual antara 150 hingga 300 paket sehari," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemubu, Ketereh dekat sini.

Laporan BH Online menyebut, Nasi Lemak Spiderman itu dijual dengan konsep perniagaan bergerak dan kini dijual di beberapa tempat seperti Pasir Tumbuh, hadapan Stadium Sultan Muhammad IV dan sebuah hotel di sini.

"Saya hanya meletakkan meja di lokasi dipilih untuk menjual nasi lemak. Setiap hari Nasi Lemak Spiderman akan berada di tempat berlainan," katanya.  

Menurut Zawawi dia membeli kostum adiwira itu secara atas talian dari China dengan harga RM500.

Zawawi, yang turut mempunyai syarikat pembinaan di Ketereh, memulakan perniagaan nasi lemak bermula jam 8 pagi setiap hari di sekitar bandar Kota Bharu. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli