Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) DSV Perkenalkan 4 Jersi Rasmi Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors


KOTA BHARU; Pasukan bola sepak Kelantan yang kini dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW) hari ini telah memperkenalkan jersi rasmi pasukan mereka kepada khalayak ramai.

Majlis perlancaran yang diadakan di Kelantan Trade Cantre itu memperkenalkan jersi terbaru mereka yang dilihat turut mengekalkan warna merah selain warna merah jambu yang diminta oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Majlis yang diadakan Majlis Pelancaran Jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang diadakan kira-kira jam 2 petang tadi memperkenal lima jersi rasmi jenama DSV yang bakal digunakan pada musim 2016.

Jersi berkenaan dilaporkan direka khas dengan ciri-ciri kesihatan dan digayakan oleh Datuk Seri Vida sendiri di depan penyokong dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

Rekaan jersi tersebut termasuk termasuk edisi penjaga gol melalui 'Supra Player', Millenia dan Mantera.

Penaja utama untuk pasukan PQPTRW kali ini ialah Vida Beauty, Pamoga Qu Puteh, Millenia dan Chengal Jati. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli