Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Angah Raja Lawak Sah Bergelar Suami Dengan Sekali lafaz


Pelakon dan pelawak, Angah Raja Lawak, 38, pagi ini telah selamat menjadi suami orang selepas dengan sekali lafaz sekaligus menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20, di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim dilihat tampil segak berkurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Selesai dinikahnya, Angah kemudiannya telah mendirikan solat sunat syukur dihadapan pelamin yang dihiasi ros putih.


Pihak lelaki dikatakan telah diletakkan lima dulang hantaran dan dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Antara barangan hantaran lelaki untuk perempuan termasuk telekung, kasut, minyak wangi jenama Gucci, Kek, beg tangan jenama Versace manakala hantaran perempuan untuk lelaki antaranya kasut jenama Versace, kek, jam tangan dan lain-lain.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Tun Ali, Melaka pada keesokannya. - Siakapkeli.my









Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli