Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Reka Cerita Dirogol, Dua Negara Hampir Berbalah

No Comment

BERLIN – JERMAN - Kerana tidak mahu pulang ke rumah, seorang gadis kacukan Rusia-Jerman berusia 13 tahun sanggup mereka cerita bahawa dia telah diculik dan dirogol oleh pendatang.

Laporan dari The Guardian menyebut, gadis yang bernama Lisa itu bertindak sedemikian kerana takut untuk pulang ke rumah disebabkan satu insiden yang berlaku di sekolahnya.

Oleh kerana itu, Lisa membuat keputusan untuk melarikan dari rumah dan tidur di rumah seorang kenalannya yang berusia 19 tahun.

Ibu bapa Lisa yang menyedari kehilangan anaknya selepas dilaporkan tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya.

Lisa kemudian pulang ke rumah 30 jam selepas kehilangannya dilaporkan. Sewaktu pulang, terdapat kecederaan di wajah Lisa.

Dakwaan palsu kononnya dirogol dan diculik oleh pendatang yang dibuat oleh Lisa tersebar dengan meluas seterusnya mencetuskan perbalahan dan menjejaskan hubungan diplomatik antara Jerman dan Rusia.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, secara terbuka telah menuduh pihak berkuasa Jerman tidak melakukan siasatan secara menyeluruh dan berita tentang kehilangan Lisa dirahsiakan untuk sekian lama. Selain itu Sergei juga menuduh pihak Jerman mempunyai agenda politik tersendiri.

Bagaimanapun, kisah sebenar terbongkar selepas gadis itu mengaku dia mereka cerita apabila disoal siasat oleh pakar tiga hari selepas kejadian

Di Jerman, isu pendatang menyerang wanita warga negara itu secara seksual menjadi topik hangat di negara itu sehinggakan beberapa siri protes besar diadakan oleh warga Jerman bertujuan untuk menghalau pendatang keluar dari negara terbabit.   - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli