Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 2 Kenderaan

No Comment

TELUK INTAN - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam satu nahas yang membabitkan dua buah kereta di Jalan Sungai Rubana, Teluk Intan - Sitiawan yang berlaku pada petang tadi.

Laporan Sinar Online melaporkan, tiga wanita dan seorang lelaki maut di tempat kejadian dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.13 petang itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Noriah Hashim, 57; Lelawati Baharudin, 37; Nurul Afiqah Noh@Mat Noh, 18, dan Noh@Mat Moh Abdul Hamid, 64.

Kesemua mangsa difahamkan berasal dari Kampung Gajah, Perak Tengah.

Selain itu, portal Sinar juga turut melaporkan pemandu Toyota Hilux yang tersepit di tempat duduk telah berjaya diselamatkan dan dibawa bagi mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli