Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) "Dedahkan Nama Berbelas Imam Yang Saya Pecat Kerana Baca Doa Qunut


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini mencabar individu yang terlibat supaya mendedahkan kepadanya berbelas-belas nama imam Masjid di negeri Perlis yang telah dipecatnya hanya kerana membaca doa Qunut.

Dr Asri sekeras-kerasnya menafikan dan sekiranya benar dakwaan itu, beliau meminta individu yang menyebarkan dakwaan itu tampil bersama senarai imam yang telah dipecat.

"Kalau benar seperti didakwa, namakan imam masjid mana dan siapakah imam tersebut. Kalau betul pun ada imam yang dipecat, bukan kerana soal baca Qunut ketika solat.

"Tapi kalau ada khidmat seorang dua imam masjid yang ditamatkan, tidak perlu kita nak buka aib orang.

"Mungkin dia dipecat kerana ada masalah peribadi. Takkan saya nak buat kenyataan media (perjelas sebab pecat imam masjid)," katanya dipetik dari Laporan Sinar Harian.

Mufti Perlis berkenaan sebelum ini dituduh memecat imam di beberapa masjid selain dituduh menutup masjid di negeri Perlis. - Siakapkeli.my

VIDEO
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli