Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Lima Tahun Didera Dengan Kabel Brek, Antena TV

No Comment
Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM, 3 Feb: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengalami luka dan lebam yang teruk di seluruh badannya dipercayai akibat didera oleh ibu yang berada di bawah pengaruh dadah dalam satu insiden yang berlaku di Kampung Manis, Bukit Mertajam pada 3 petang hari ini.

Jiran mangsa, yang juga saksi kejadian, A. Parameswary, berkata dia menyedari insiden tersbut selepas terdengar tangisan kuat dari rumah mangsa.

''Saya dengar budak menjerit dan terus bergegas dengan kakak ke rumah mangsa. Kemudian kami nampak budak itu pakai baju.

''Bila buka baju baru nampak kesan kena pukul dan lebam. Saya dan kakak angkat budak itu yang sedang pengsan dan terus pergi ke balai polis,'' katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Tambah Parameswary lagi, mangsa bukan kali pertama didera. Sebelum ini dipercayai sudah berkali-kali mangsa dipukul menggunakan kabel brek motosikal dan antena televisyen sejak tiga bulan yang lalu.

Menurut Parameswary lagi, suspek dan anaknya baru sahaja berpindah ke kawasan itu tiga bulan lalu.

''Saya selalu dengar kanak-kanak menangis tidak kira siang atau malam,'' katanya.

Dalam perkembangan kes, Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata suspek, 41 tahun, ditahan selepas pihak polis menerima laporan.

''Ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati dia positif dadah,'' katanya.

Mangsa yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya mengalami kecederaan di belakang badan, kelopak mata kiri dan longgar dua batang gigi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli