Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Beritahu Mukhriz, Saya Dulu Pun Pengampu Bapa Dia," - Nazri


"Beritahu Mukhriz, saya dulu pun pengampu bapa dia," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz dengan nada sinis yang dulu turut 'mengampu' Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang beliau tidak menaruh sebarang harapan tinggi kepada Majlis Tertinggi Umno yang bertindak menggantung jawatan Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Menurut Mukhriz, kebanyakkan mereka yang menjadi ahli Majlis tertinggi Umno adalah “kaki ampu” yang menggunakan alasan kononnya melakukannya demi kebaikan Umno.

“Bagi tahu Mukhriz, saya dulu pengampu bapa dia masa bapa dia jadi presiden dulu. Mengapa pada ketika itu dia tidak kata MT ni pengampu," kata Nazri yang mendakwa Dr Mahathir dulu seorang diktator.

“Ada benda yang dia buat kita tak setuju tapi oleh kerana kita setia pada parti, walau susah macamana, kita pertahankan dia (Mahathir),” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Nazri lagi, Mukhriz seharusnya menggelar sesetangah MT Umno sebagai pengampu sejak dulu lagi kerana mempertahankan bapanya sebagai presiden parti Melayu itu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tu kawan baik saya, bila Mahathir gaduh dengan Anwar dia usulkan supaya Anwar dibuang, kenapa pada ketika itu tak kata saya pengampu bapa dia,” soalnya.

Mukhriz semalam juga mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Mengulas lanjut Nazri berkata, sebenarnya keranda Mukhriz telah dipaku kerana kini tidak lagi memegang jawatan menteri besar Kedah.

“Keranda dia yang yang dipaku, masa kita umum sebagai menteri besar, kita tak paku lagi keranda dia, tapi gantung jawatan muhyiddin iaitu penyokong kuat bapanya, maknanya keranda dia yang kita paku,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli