Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AMANAH Rayu Orang Ramai Bantu Mat Sabu Yang Mungkin Muflis



Parti AMANAH Negara (PAN) hari ini telah merayu kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada presiden parti itu Mohamad Sabu yang kini berdepan kemungkinan diisytiharkan muflis.

Menurut Setiausaha agungnya, Mohd Anuar Tahir, bantuan yang diperlukan buat masa ini ialah bimbang kemungkinan Mohamad Sabu gagal membayar gantirugi sebanyak RM200,000.

Beliau juga memberitahu, kurang 24 jam sebelum kenyataan ini dikeluarkan, sudah terdapat sesetengah pihak telah memulakan usaha untuk membantu  Mat Sabu.

"Pihak AMANAH mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang dizahirkan oleh semua pihak.

"Namun untuk menentukan tidak timbul fitnah berhubung kutipan ini, maka kami meminta semua pihak terlibat supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu.

"Dengan itu, usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaraskan dan dilakukan dengan ketelusan supaya dapat mengelak pertikaian berlaku," kata Anuar dipetik laporan Malaysiakini.

Mat Sabu sebelum ini berdepan dengan tuntunan muflis selepas beliau gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

Kenyataan itu disiarkan lidah rasmi PAS, Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013, yang mana Mat Sabu ketika itu merupakan timbalan presiden PAS.

Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan seperti dilaporkan media berkata, pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu untuk mendapatkan semula ganti rugi itu beserta faedah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli