Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ali Tinju Buat laporan Polis Susulan Lakaran Perdana Menteri bermuka 'Badut' Tersebar



Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju hari ini membuat satu laporan berikutan satu lakaran artis yang mempamerkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan muka badut.

Ali membuat laporan itu di Bali Polis Dang Wangi hari ini.

"Tindakan beliau adalah satu penghinaan kepada perdana menteri yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat dan menghasut kepada sehingga boleh menyebabkan kebencian kepada orang ramai, " katanya menerusi laporan itu.

Lapor Malaysiakini, Mohd Ali turut berkata lakaran itu dimuat naik di internet dan tersebar setelah ia dikongsi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di dalam akaun instagram n_izzah semalam.

Courtesy of Fahmi Redza

A photo posted by @n_izzah on


Selain itu, beliau juga turut menggesa agar Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) dan polis mengambil tindakan keatas mereka yang bertanggungjawab membuat lakaran tersebut.

SKMM dan PDRM harus mengambil tindakan kepada orang berkenaan supaya viral posting itu diberhentikan dan orang tersebut ditangkap supaya mengelakkan posting penghinaan lain di media sosial,” katanya.


Berita terkini: Geng Gerakan Merah baru saja buat laporan polis terhadap gambar poster #KitaSemuaPenghasut yang aku...
Posted by Fahmi Reza on Monday, 1 February 2016

Laporan polis itu dimuat naik di Facebook oleh seorang ahli Umno, Syed Rosli Jamlullail yang menyifatkan tindakan itu amat biadap.

"Gerakan Merah setegas-teganya menolak budaya tidak bertamadun ini yang menghina pemimpin nombor satu negara kita,” kata Syed Rosli. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli