Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ahmad Bashah Sah Bakal Menteri Besar Kedah Yang Baru

No Comment

Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dinamakan sebagai pengganti Menteri Besar Kedah yang baru, menggantikan penyandang Mukhriz Mahathir.

Istiadat angkat sumpah Ahmad Bashah akan akan diadakan pada Khamis ini di Istana Anak Bukit.

Pengunguman ini diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir di dalam sidang medianya sebentar tadi di mana beliau melepaskan jawatan Menteri Besar serta merta dan turut meletak jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pengumuman itu membawa ke akhir krisis Menteri Besar Kedah yang tercetus apabila 14 ketua Umno Kedah, yang diketuai oleh Ahmad, mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk membuang Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Ketua Umno negeri.

Ketua-ketua bahagian mendakwa Mukhriz telah gagal untuk menguruskan negeri dengan cekap dan tidak mempunyai apa-apa rancangan strategik untuk Umno Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini Datuk Seri Ahmad Bashah masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. - Siakapkeli.my



Pengumuman oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, February 2, 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli