Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adakah Lelaki Dari India Ini Manusia Pertama Mati Ditimpa Komet


NEW DELHI: Kematian seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu bas sekolah disahkan mati apabila seketul batu daripada angkasa dikatakan terkenanya.

Jika terbukti bahawa objek berkenaan merupakan meteorit  maka lelaki berkenaan bakal mencatat sejarah manusia pertama menemui ajal akibat terkena komet.

Memetik laporan CNN, objek berkenaan dikatakan terhempas berdekatan dengan sebuah sekolah kejuruteraan di mana ia meninggalkan kesan kawah sedalam 2 kaki di atas permukaan tanah.

Akibat terkena impak yang kuat, pemandu bas bernama Kamaraj, 40, telah maut kerana berada berhampiran tempat kejadian manakala dua orang tukang kebun dan seorang pelajar cedera.

Ketua polis di Vellore, Senthil Kumari memberitahu kejadian tersebut juga menyebabkan tingkap beberapa buah bas pecah.

Senthil bagaimanapun tidak menolak andaian objek tersebut merupakan 'sampah' angkasa lepas yang ditinggalkan oleh roket-roket pelancaran satelit.

"Kami perlu menyiasat perkara ini dan menentukan objek tersebut adalah meteorit atau tidak," kata Senthil. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli