Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Acu Kapak Lepas Kena Hon : Suspek Sudah Dikenalpasti - Polis


Seremban, 18 Feb: Pihak polis sudah mengenalpasti lelaki bersenjatakan kapak yang cuba menyerang pasangan suami isteri di satu persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong di sini seperti yang viral di media sosial semalam.

Laporan Harian Metro melaporkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu, lelaki berusia 19 tahun yang memandu proton saga itu tidak berpuas hati setelah mangsa membunyikan hon kerana tidak bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kes terbabit bermula dengan pertelingkaran sebelum suspek mengeluarkan kapak dan mengacukan kepada mangsa.

"Tindakan suspek dirakam isteri mangsa sebelum dimuat naik ke laman sosial. Kes itu menjadi viral dan mangsa tampil membuat laporan pada 10.12 malam tadi.

"Hasil laporan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli