Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abu Ammar Hidapi Sakit Tangan Membengkak Meninggal Dunia Pagi Tadi


IPOH: Seorang pemuda yang berjaya meraih simpati netizen baru-baru ini kerana sakit yang dihidapinya,  Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar,22, disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Ammar yang menderita tangan membengkak luar biasa akibat barah tulang tahap empat adalah pelajara jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar (PUO) itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kira-kira jam 5 pagi.

Bapanya, Abu Bakar Ali, 52, berkata Abu Ammar dikejarkan ke hospital jam 10 malam tadi selepas keadaannya kelihatan pucat.

"Muka dia amat pucat termasuk bibirnya menyebabkan kami membawanya ke hospital, namun Ammar disahkan meninggal dunia jam 5 pagi tadi."

"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia kelihatan sangat letih," katanya dipetik laporan BH Online.

Abu Bakar berkata, jenazah anaknya dimandi dan dikafankan di HRPB pagi tadi dan dibawa ke Kampung Bukit Setiu di Terengganu, untuk dikebumikan di sana.

Beliau dalam pada itu meminta orang ramai yang berhasrat untuk terus menderma bagi membantu anaknya tidak berbuat demikian lagi kerana Ammar sudah peri untuk selama-lamanya.

Kanser yang dihidapi Ammar ini dikatakan berpunca kerana terjatuh ketika bermain futsal pada April lalu menyebabkan tangannya berasa sakit dan bertambah buruk kira-kira empat bulan kemudian yang menyebabkan bahunya semakin membengkak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli