Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7,828 Individu Lepaskan Kerakyatan Malaysia Untuk Jadi Warga Singapura Sejak 2 Tahun Lalu


Kira-kira seramai 7,828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka untuk menjadi warga negara Singapur sejak kebelakangan ini, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

“Tidak mengejutkan apabila majoriti daripada individu berkenaan adalah kaum Cina.

“Apa yang menyedihkan ialah, mereka ini yang sebelumnya sangat cintakan negara memilih untuk tidak lagi menjadi warganegara Malaysia atas alasan Singapura merupakan sebuah negara yang lebih menguntungkan,” katanya dipetik laporan The Rakyat Post.

Menurut beliau lagi, berdasarkan statistik daftar pemilih tahunan, ramai warganegara Malaysia sudah hilang kelayakan untuk mengundi ekoran menggugurkan kewarganegaraan mereka.

“Sejumlah rakyat Malaysia telah mendaftar di dalam daftar pengundi dan dikeluarkan dari senarai itu akibat tidak lagi menjadi warganegara Malaysia.

“Inidividu-individu berkenaan digugurkan daripada sistem daftar pengundi pada tahun 2014 dan 2015,” katanya.

Beliau menambah, kenanyakkan mereka yang melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia ini adalah penduduk daripada Johor.

“Jumlah terbesar bekas warganegara Malaysia ialah 36.6 peratus dari Johor, diikuti 19.5 peratus dari Perak, Selangor dengan 9.4 peratus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 6.7 peratus, Melaka seramai 5.6 peratus, Pulau Pinang 5.4 peratus dan Negeri Sembilan 5.3 peratus.

“Majoriti daripada mereka berada pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun dengan peratusan 80.5 peratus yang memberi makna mereka berada dalam tempoh paling produktif untuk bekerja,” tambah beliau.

Kira-kira 56 peratus yang meninggalkan Malaysia ke Singapura terdiri daripada wanita berbanding lelaki.

Ong bagaimanapun menyatakan agak sukar untuknya menentukan alasan yang kukuh mengapa lebih ramai wanita yang bertukar warganegara berbanding lelaki tanpa maklumat tambahan yang sewajarnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli