Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(22 Gambar) Seperti Taman Hijau, Puan Lisa Jadikan Ruang Tepi Rumah Sebagai 'Kebun Bandar'


Ruang tepi rumah selalu dibiarkan sahaja oleh ramai orang dan ada juga mereka yang rajin menanam bunga-bungaan cantik bagi menghiasan ruang berkenaan.

Tahukah anda, ruang berkenaan sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai kebun sayuran yang sungguh cantik dan pada masa yang sama anda boleh tuai hasilnya untuk dijadikan bahan masakan.

Dikongsi oleh laman facebook Master Gardener PPj tentang Puan Lisa Yusuff yang membina kebun bandar di kediaman beliau di Taman Mutiara Height, Sg Karang Darat, Kuantan, Pahang.

Gambar berkenaan dikongsi supaya dapat memberikan suntikan semangat dan inspirasi terutama kepada mereka yang ingin memulakan projek berkebun dirumah.

Menurut page berkenaan, Puan Lisa Yusuff bertuah kerana mempunyai ruang dan laman yang agak selesa untuk melaksanakan projek kebun sayurnya.

Hasil titik peluh Puan Lisa yang cukup kreatif itu mrnggunakan bahan kitar semula seperti kayu palet, botol terpakai dan sebagainya untuk dijadikan bekas penanaman sayur dan ulaman beliau.

Antara tanaman yang diusahakan

1) Kobis
2) Terung
3) Timun
4) Kacang panjang renek
5) Kangkung
6) kesum
7) kucai
8) ulam selom
9) Lada merah
10) Cili api
11) sayur bayam
12) Sayur Sawi
13) Sayur Kailan
14) Daun Sup
15) Tanaman Bendi
Dan pelbagai lagi






















Beliau yang tidak lokek ilmunya telah berkongsikan teknik berkebun itu, bagaimana sayur-sayur yang ditanam hidup subur, gemuk dan segara tanpa diusik makhluk perosak dan penyakit.

Ramuan rahsianya ialah ramuan racun + bahan organik iaitu

Bancuhan : Bawang putih+minyak masak+cili api+sabun basuh+air
Yang disembuh pada tanaman sayur beliau bagi menghidari gangguan dan serangan makhluk perosak dan penyakit

Caranya: blend semua dan tapis.. Spray 1-2 mggu sekali

Bagi keperluan nutrien dan pemakanan sayurnya
Puan Lisa Yusuff memaklumkan menggunakan tanah baja sawit, baja organik (najis haiwan) dan bancuhan baja AB

Kekerapan :Baja taik ayam 2 mggu skali, siram baja AB 3 kali smggu, Beliau juga ada menjual baja AB kepada yang berminat untuk mendapatkannya.

Menurut Puan Lisa, di dalam kebunnya itu terdapat kerusi di mana digunakannya untuk berehat apabila melihat kebunya beliau berasa tenang dan aman. Kalau kita ada kebun sebegini kemas dan cantik pasti semua masalah dan kekusutan boleh hilang apabila melihatnya. - Siakapkeli.my

Admin: Memang tenang tengok kebun Puan Lisa ni, memang macam taman, dengan deko yang dia susun, teringin nak ada taman kebun mamcamni.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli