Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

20 Kenderaan Dibocorkan Tayar

No Comment


Cameron Highlands, 11 Feb: Kira-kira 20 kenderaan yang diletakkan dalam keadaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang, Cameron Highlands dibocorkan tayar dipercayai dilakukan oleh sekumpulan individu.

Laporan Harian Metro menyebut, dalam kejadian 3 - 5 pagi tadi, kesemua tayar kenderaan-kenderaan itu dibocorkan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berdasarkan keterangan saksi mendapati kesemua kenderaan itu dibocorkan tayar oleh sekumpulan lelaki.

Katanya lagi, kesemua kenderaan itu dipercayai diletak dalam keadaan yang menghalang laluan jalan.

"Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis sudah menerima sebanyak 11 laporan daripada pemilik sehingga jam 3 petang tadi.

"Rondaan cegah jenayah dijalankan polis sekitar jam 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang aktiviti jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli