Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

101 Hari Diburu Akhirnya "Ustaz Kasanova" 13 Isteri Diberkas


Seorang lelaki yang digelar sebagai “ustaz kasanova” yang diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejak lebih tiga bulan akhirnya berjaya diberkas.

Mohd Razis Ismail, 34, yang sering berjaya meloloskan diri sebelum ini termasuk sewaktu ke Penjara Kajang untuk mengambil “isterinya” yang dibebaskan daripada kesalahan bersekedudukan.

Setelah kira-kira selama 101 hari dalam buruan, akhirnya beliau berjaya diberkas oleh pihak polis dengan bantuan Jawi setelah berjaya dikesan melalui sistem pengesanan telefon bimbit, lapor akhbar Harian Metro hari ini.

Pasukan polis terlibat adalah Pasukan Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dan ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya.

Mohd Razis ditahan jam 3.35 petang semalam di Pandan Indah di sini ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk “isterinya”, kata ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

"Dia ditahan ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk 'isterinya' yang tinggal di flat berhampiran lokasi tangkapan, langsung tidak ada perasaan bersalah, malah sempat ucap ‘terima kasih, tuan’ kepada pegawai bertugas," kata Wan Jaapar Wan Ahmad seperti dilapor.

BACA: Jawi Buru Ustaz Kasanova Selepas Berkahwin Dengan 13 Wanita

BACA: Bekas Isteri 'Ustaz Kasanova' Luah Perasaan Selepas Tahu Suaminya Punyai 13 Isteri

Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan syariah, antaranya bersekedudukan sehingga pasangan melahirkan anak luar nikah, mengabaikan nafkah dan nikah cerai yang tidak didaftarkan.

Wan Jaapar juga berkata lelaki itu juga melakukan kesalahan menghina Islam apabila berkahwin lebih daripada yang dibenarkan menurut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

"Antara kesalahan lain dilakukan lelaki buruan berkenaan seperti penipuan dokumentasi kepada pihak berkuasa apabila mengaku bujang dan mengaku sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika mahu berkahwin dengan seorang pelajar kolej," katanya lagi.

"Apa yang kita tahu dia mempunyai 13 isteri termasuk warga Kemboja dan Thailand. Mengikut rekod, dia juga pernah berkahwin hanya dalam masa seminggu saja seperti berlaku kepada mangsa di Kedah," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli