Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yana Samsudin Rasa 'Malu' Tengok Selfie Ibu Sedang Susukan Anak





Sebagai wanita Timur, adalah tidak manis bagi seseorang wanita memuatnaik gambar berupa selfie sedang menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka, demikian pendapat pelakon Yana Samsudin.

Reaksi itu susulan kepada postingnya di laman Facebook berhubung isu semasa berkaitan perbuatan memuatnaik gambar selfie ketika menyusukan anak, yang menimbulkan perdebatan sejak tiga hari lalu.



"Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

"Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia  tidak manis dipandang," katanya memetik mStar hari ini.

Sebelum ini laman sosial Amran Fans mengkritik segolongan ibu muda yang gemar berselfie ketika sedang menyusukan anak, yang dikatakan seperti mendedahkan aurat malah ada juga yang berpendapat ia adalah soal privasi.

Ia menimbulkan 'perang' di laman sosial apabila ada pihak yang menyokong Amran Fans, dan ada juga yang terbuka dengan perbuatan itu, sebagai menyokong kempen menyusukan bayi.

"Saya tahu 'apron' menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

"Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

"Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu," kata Yana. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli