Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berita Baik Untuk Semua Pengguna WhatsApp : Tiada Lagi 'Iklan' $0.99 Setahun


Kuala Lumpur,18 Jan - Berita baik untuk semua pengguna Whatsapp!!

Aplikasi mesej paling popular dunia, WhatsApp hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memansuhkan caj $0.99 setahun yang dikenakan kepada orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi tersebut bermula tahun 2016.

Menerusi satu posting di blog mereka, syarikat milik Facebook itu memberitahu pemansuhan itu akan melibatkan pengguna di seluruh dunia.

Sebelum ini, Whatsapp tidak mengenakan sebarang caj kepada pengguna untuk tahun pertama namun caj sebanyak US$0.99 (RM4.32) untuk tahun yang berikutnya.

"Setelah kami semakin matang, kami mendapati cara ini(caj US$0.99) tidak berjalan dengan baik

"Ramai pengguna Whatsapp tidak mempunyai kad debit atau kredit dan mereka bimbang akan kehilangan akses kepada rakan dan keluarga selepas tahun pertama", kata posting terbabit.

Di dalam posting itu juga, WhatsApp berkata mereka akan mencuba model bisnen lain dengan mengenakan caj kepada bisnes yang mahu berinteraksi dengan pelanggan.

"Ini mungkin bermakna berkomunikasi dengan bank anda mengenai transaksi palsu, atau dengan syarikat penerbangan tentang pesawat tertangguh", tulisnya.

Namun menurut mereka, perkara ini masih lagi diuji dan dalam eksperimen.

Whatsapp telah dibeli oleh Facebook pada 2014 dengan nilai $19 billion dan servis itu semakin berkembang dengan mempunyai pengguna seramai 900 juta. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli