Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Tempatan Maut Terkena Tembakan : ATM Sahkan Dua Anggota Ditahan Polis Bagi Bantu Siasatan


KOTA BHARU, 8 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan bahawa dua anggotanya kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan melibatkan seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan.

Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin, siasatan terhadap kes itu turut dijalankan oleh pihak polis selain pihak ATM.

"Pihak polis (sedang) membuat siasatan... pihak tentera pun saya telah arahkan untuk buat siasatan atas kejadian yang berlaku.

"Saya tak dapat komen apa-apa waktu ini. Kita tunggu hasil siasatan polis," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Lapor Bernama, dalam kejadian 7.15 malam pada Khamis itu, seorang lelaki warga tempatan 30-an maut setelah terkena tembakan anggota tentera yang sedang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera tersebut melepaskan tembakan selepas van yang membawa lelaki berkenaan tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan tersebut dikatakan terkena lelaki tersebut yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli