Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Nyaris Maut Kereta Terbakar

No Comment
Foto : Sinar Online

SIMPANG AMPAT - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta Proton Tiara yang dipandunya terbakar di Jalan Tasek, Bandar Tasek Mutiara, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kereta mangsa terlebih dahulu bertembung dengan sebuah kereta jenis Hyundai dan lori sebelum terbakar.

Sepasukan anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian setelah panggilan kecemasan diterima pada jam 12.37 tengahhari.

Pihak bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman sehingga kira-kira jam 2.45 petang. Proton Tiara berkenaan musnah sama sekali akibat kemalangan tersebut,” kata jurucakap bomba negeri sebagaimana lapor Sinar Online.

Mangsa berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta terbabit terbakar.

Tiada sebarang kemalangan jiwa akibat kebakaran tersebut,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli