Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dipukul Kerana Rakan Facebook Puji Cantik

No Comment
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN, 25 Jan: Seorang wanita 28 tahun dipukul dengan hulu kapak oleh teman lelakinya, semata-mata kerana seorang rakan Facebook wanita tersebut memujinya cantik.

Insiden tersebut berlaku pada malam Khamis ketika wanita terbabit pulang ke rumah mereka di Taman Pisang Awak, Kampung Melayu di sini.

Setibanya di rumah, berlaku pergaduhan antara dia dan teman lelakinya yang berusia 52 tahun

Teman lelakinya kemudian mencapai sebilah kapak, dan memukul wanita terbabit di tangan dan kaki dengan hulu kapak, sebelum menghalaunya pergi.

Wanita terbabit membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata siasatan mendapati mangsa dipukul kerana perasaan cemburu.

"Menurut wanita berkenaan, dia tinggal bersama teman lelakinya yang merupakan ahli Pasukan Keselamatan Sukarela Pulau Pinang (PKS) itu lebih dua tahun lalu. Sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan suspek menyebabkan suspek berang lalu memukul suspek dengan  hulu kapak di beberapa bahagian badannya. Mangsa kemudiannya dihalau dari rumah oleh suspek.

Akhbar NST melaporkan pasangan itu sudah tinggal bersama selama dua tahun dan mempunyai anak berusia empat bulan.

Mereka bagaimana pun tiada sijil pernikahan.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa dipukul kerana teman lelakinya itu cemburu terhadap komen seorang lelaki yang memuji mangsa cantik di Facebook. Teman lelakinya juga menuduh mangsa mempunyai teman lelaki lain namun mangsa menafikannya," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurutnya, mangsa mengalami bengkak di mata kanannya, lebam di tangan serta keseluruhan tubuhnya sakit akibat dipukul suspek.

"Pada mulanya mangsa tidak mahu memanjangkan kes dengan memanggil mangsa ke balai polis untuk berbincang namun suspek gagal dihubungi. Serbuan ke rumah suspek juga gagal kerana dia dipercayai melarikan diri.

"Polis masih memburu suspek namun identitinya sudah dikenalpasti selain senjata yang digunakan dipercayai sebilah kapak turut gagal ditemui. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau antaranya kes dadah, membuat ugutan dan mencuri. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli