Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Waa Bagi Encik 50 Tandan, Encik Jangan Mencuri Lagi Dah", Kata Seorang Seorang Uncle Kepada Pencuri


Disebalik kesempitan hidup dan kos kehidupan yang semakin tinggi menyebabkan ramai rakyat tertekan, kita boleh lihat dan dengar seharian pasti ada kes jenayah yang berlaku, lebih-lebih lagi mencuri.

Perlu diketahui ada yang diantara mereka ini mencuri kerana untuk mengambil jalan mudah untuk senang dan ada antara mereka yang mencuri kerana desakan hidup, tetapi matlamat tidak mengalalkan cara kerana mencuri itu merupakan satu kesalahan.

Jika dilihat dilaman sosial ada tersebar video-video pencuri tertangkap, malah ada antara mereka yang teruk dipukul, itu pun masih ramai yang tidak takut dan terus menjalankan aktiviti haram ini.

Hari ini SK terjumpa di laman sosial sebuah status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna facebook bernama Akil El di mana menceritakan pengalamannya mengenai seorang lelaki yang mencuri kelapa sawit milik seorang lelaki Cina.

Cerita yang ditulis berkenaan telah mula dikongsikan ramai walaupun ia berlaku penghujung tahun 2014 lalu.

Berikut adalah kisahnya.


Saya tidak kenal lelaki Cina ini, tetapi semasa menunggu kereta dia untuk dibasuh, lelaki ini telah memandang ke arah aku, jadi aku senyum dan dia mula datang ke arah aku dan tegur, kami terus berbual.

Semasa berbual, aku tidak pernah lihat seorang lelaki berbangsa Cina mengalirkan air mata sambil bercerita mengenai berkaitan ekonomi hari ini.

Apa yang membuatkan beliau menangis ialah apabila dia menceritakan satu peristiwa seorang lelaki Melayu yang mencuri buah kelapa sawit di kebunnya di mana beliau telah berjaya menangkap lelaki berkenaan.

Apabila ditanya lelaki Melayu tersebut kenapa dia mencuri dan lelaki itu menjawab dia mencuri buah kelapa sawit kerana tidak mempunyai duit, hidup susah, barang mahal dan mempunyai anak untuk disara.

Beliau memberitahu bahaya lelaki itu mencuri 20 tandan kelapa sawit, tetapi lelaki CIna ini telah menambahkan lagi 30 tanda sawit menjadi 50 tandan kesemuanya sambil berpesan kepada lelaki Melayu itu,

"Wa tak mau pukul you, waa tak mau report polis, wa malas nak naik mahkamah, wa Cina semabahyang punya, wa bagi lu 50 tandan, wa tak mahu lu mencuri lagi."

"Lu orang Melayu (Islam) sembahyang mintak sama tuhan la, dia mesti bagi punya, lu mintak sama dia, wa pun Cina sembahyang, wa susah wa mintak sama wa punya tuhan," ceritanya sambil sambil memberitahu dia dan si pencuri itu turut menangis ketika kejadian.

Cina pun faham, dia cakap hari ini kalau kerajaan masih tidak pulihkan ekonomi, lebih ramai orang akan mula mencuri.

Sebelum dia beredar, dia pesan kepada aku, " kita orang semanyang ada sedikit perasaan sensitif, kalau hendak marah orang kena sentuh hati dia, 'comfirm' dia akan jadi baik, lu pukul pun tak guna kalau hati itu sudah mati,'' kata lelaki Cina itu. - Siakapkeli.my

Artikel  ditulis semula untuk siaran di SIAKAPKELI.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli