Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vietnam Siasat Misteri "Bola Angkasa"

No Comment


HANOI: Tentera Vietnam kini sedang menyiasat misteri tiga bola logam yang dipercayai serpihan yang jatuh dari angkasa.

Ketiga-tiga serpihan tersbut jatuh di utara negara tersebut.

Menurut Jurucakap tentera, Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, dua logam terbabit ditemui di barat laut wilayah Yen Bai pada 2 Januari lalu sementara satu lagi bola yang bersaiz lebih besar dengan berat kira-kira 45 kg jatuh di ladang jagung di wilayah Tuyen Quang.

"Kita masih mengenal pasti  dari mana ia datang," katanya, sambil menambah bahawa pihak tentera telah menentukan bahawa ia tidak mengandungi bahan letupan atau berbahaya.

Insiden bola angkasa itu menyebabkan penduduk-penduduk tempatan bimbang.

Media tempatan melaporkan saksi berkata mereka mendengar bunyi seperti guruh sebelum bola-bola tersebut jatuh ke bumi. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli