Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun Setengah Terkuci Di Dalam Kereta Selama Sejam


Kepala Batas: Seorang kanak-kanak lelaki berumur kira-kira setahun enam bulan telah terperangkap di dalam sebuah kereta milik ibunya selepas kereta berkenaan terkunci dari dalam di sini.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Bertam Indah kira-kira jam 7.40 pagi itu apabila dikatakan ibu kanak-kanak tersebut menghantar seorang lagi anaknya ke taska sebelum meninggalkannya di dalam kereta dan diberikan kunci untuk bermain.

Namun, tidak disangka anak kecil berkenaan tertekan butang 'lock' pada alat kawalan pada kunci kereta berkenaan.

Selepas tidak berjaya membuka pintu, orang ramai telah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Kepala Batas kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepasukan 4 anggota JPAM telah tiba di lokasi kira-kira 5 minit kemudian. Pihak JPAM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta tersebut dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak akhirnya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibunya.

Kami telah menghubungi JPAM Kepala Batas, Pulau Pinang dan mengesahkan kejadian ini. - Siakapkeli.my

Kredit video: ondscene.my - Reality in Real Life

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli